15 September 2009

Pejuang Atau Pembunuh

ROSLI DHOBY PEJUANG ATAU PEMBUNUH

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah
British. Beliau berketurunan Melanau.

Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek
telah digantung sampai mati pada
2 Mac 1950 do Centray Port Penjara Kuching Sarawak

Awang Rambhli Md Deli dan Bujang suntong
telah digantung sampai mati tiga minggu kemudian
iaitu pada 23 Mac 1950

Sibu Town School telah ditukarkan nama kepada
Sekolah Menangah Rosli Dhoby
oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1975


Isi Kandungan Warkah Terakhir Rosli Dhoby Kepada keluarganya
sebelum dihukum gantung

Kepada ibu bapaku yang dimulia dan ditaati serta dicintai siang dan malam..

Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dasyat.
Jangan lah diingat- ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dimungkinkan lagi..

Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita berikan segala pelajaran sama ada
"sunat' atau 'fardu' kepada mereka..

Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda...

Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak..

Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu berikan semuanya kepada adik Aini..

Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda..

Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda

Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan sunat mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal..

Salam sembah dari anakanda

Rosli Dhoby

1 Mac 1950

Petikan Sajak ditulis oleh Rosli Dhoby

Panggilan-Mu yang suci

Wahai pemuda harapan bangsa
segeralah bangun membuakan jasa
Kebangunanmu menyedarkan Melayu bangsa
Kehalusan kemajuan aman sentosa

Wahai pemuda bercita suci
Kekalkan Sarawak negara kita yang asli
meskipun bagaikan ancaman erjadi
hendaklah sehidup semati

Wahai pemuda yang bersemangatkan gelisah
Insaflah pada perjuangan bangsa
Lambat- bangat ditakzir Allah
Bangsa dan tanah air tetap Merdeka


Rosli Dhoby Pejuang atau Pembunuh...

huh..
boleh tahan ceta nie...
mo sehari jg ak tgko lah..
memang menusuk kalbu lah..
lagi lar bab yang akhir memang sampai menitiskan air mata lar...
Rugi sapa x tgko.. hehe..



No comments: