13 February 2010

13.02.2010



13 February 2010.



Usia saya meningkat.

Kalau 20 adalah pintu gerbang kepada puluhan,

maka 21 adalah isi kepada dunia puluhan.

Saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri saya sendiri.

Sudah 21 tahun rupanya.

Rasa sebentar sahaja masa berlalu.

Masih saya ingat diri-diri saya yang lama tanpa melupakan mereka walau sekejap pun.

Dan Allah mengurniakan saya perjalanan hari lahir yang terindah pernah saya lalui sepanjang hidup saya.

Pastinya, 13 February 2010 takkan saya lupa sampai bila-bila.

^ - ^



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Doa Hari Lahir


Ya ALLAH,

panjangkanlah usiaku,

agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,

Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,

Moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya,

Ya ALLAH,

tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,

Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,

Rehatku adalah rantaian Zikir,

Rantai yang ku kalungkan pada leherku,

Sebagai tanda cintaku pada Mu,

Ya ALLAH,

Engkau tidak mensia- siakan segala usahaku,

Mencari haruman Syurga ciptaanMu,

Tempat rehat dan nikmat abadi.........

............Amin..........



No comments: