15 October 2012

ULSER MULUT




Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah





Ulser mulut boleh menyebabkan Barah. Apa itu Ulser Mulut? Kebayanyakan daripada kita mesti pernah meghidap ulser. Ia bloeh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur jantina tetapi golongan wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutama bagi wanita yang  mengandung dan datang haid.
Ulser Mulut ini biasanya akan puih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam. Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.

Ulser Mulut ialah tompokan putih di dalam mulut. Ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah. Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk mengunyah makanan kerana rasa perit dak sakit bila makanan terkena Ulser Mulut.






Tanda-tanda Ulser

* Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak

* Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas,    masin atau panas
* Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut
* Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka


Langkah- langkah Pencegahan Awal Ulser Mulut

* Minum air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid

* Jauhi makanan yang banyak mengandungi rempah
* Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit
* Elakkan daripada tekanan perasaan




[sebenarnya ak kena ulser nie skrg.. sakitt oiii....]

2 comments:

Cik Kumbang said...

yeke leh menyebabkan barah? huhu~
skrng pun tgh ada ulser sbb tergigit huhu~

http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/2012/11/blog-review-3-mrs-ujie-213.html

zilahzainuddin said...

~dapat dari ternet gak 2.. hehe
sama lar sye slalu gk kna ulser nie.. sensara jg d buatnya...