17 November 2013

~Kadang- Kadang






Kadang- kadang kita minta pada Allah sesuatu, sesorang... yang kita rasa
"inilah yang terbaik untuk aku".

Tapi Allah beri kita yang sebaliknya. Allah tunjukkan melalui istikharah  atau istisyarah,
"...boleh jadi kau menyukai sesuatu tapi itu tidak baik untukmu..."

Mulalah kita sedih, kecewa. Bertanya pada diri, bertanya pada Allah
"mengapa"?. Mulalah kita tidak yakin pada petunjuknya.

Sabarlah. ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya.
Lambat atau cepat,
Allah pasti tunjukkan
mengapa bukan dia,
mengapa bukan itu,
mengapa bukan ini...
Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri
mengapa itu tidak baik untuk kita.

Pandanglah dengan mata hati.
 Allah itu baik,
Allah tidak pernah leka.
yakinlah pada petunjujNya.
Tidak pernah Dia menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu
yang lebih baik sebagai ganti 
















2 comments:

Insan perindu said...

Kadang kadang airmata tetap akan mengalir walaupun kita melepaskan dia pergi dengan rela. Sebab apa? Sebab kita masih sayangkan dia

Insan perindu said...

Ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.